Maksud dan Simbolik bagi warna hijau Terapi Aurora Seri Wajah.
CINTA
warna aura Hijau adalah warna universal love. Ramai orang keliru bila dikatakan warna tentang cinta. Ada yang katakan warna pink. Tetapi sebenarnya, pink adalah warna cinta lelaki,perempuan atau warna romantik. Dan Hijau adalah warna cinta yang menyeluruh dan sangat besar. Ia merangkumi semua cinta. Cinta pada ALLAH, cinta pada ibubapa, cinta pada anak-anak, cinta pada rakan-rakan, cinta pada alam sekitar dan sebagainya. Cinta adalah kunci kemakmuran. Tanpa cinta, dunia akan semakin hilang segala kemakmurannya.
HARMONI
Hijau adalah warna yang paling harmoni atau seimbang. Ia mempunyai elemen panas dan sejuk yang sama rata. Kerana itu, mereka yang mempunyai aura-aura Hijau sentiasa boleh menjadi pendamai atau orang tengah di dalam sesuatu masalah atau pergaduhan. Di samping itu ia juga bersifat terbuka.
MINDA
Hijau adalah perlambangan tentang minda atau otak. Kerana apa, kerana minda sepatutnya berkembang dan membangun seperti simbol Hijau yang lain iaitu alam dan perkembangan. Minda manusia sepatutnya juga begitu. Ia patut berkembang dan berevolusi seperti ciptaan ALLAH yang lain. Jangan biarkan ia beku kerana ia seperti menolak fitrah ciptaan ALLAH.

PENGETAHUAN
Ilmu adalah warna Hijau. Aura Hijau melambangkan Kaya Ilmu. Kerana ilmu itu sentiasa berkembang. Ilmu tidak pernah mati atau habis. Sama maksudnya dengan warna Hijau yang bermaksud berkembang dan makmur.

WANG / KEMAKMURAN
Hijau adalah lambang wang. Walaupun dalam masyarakat cina mengatakan warna emas dan merah menunjukkan wang, tetapi dalam ilmu aura, warna Hijau menunjukkan wang dan kemakmuran. Wang Amerika dipanggil GreenBack. Dan selalunya warna dalam mana-mana lambang dollar adalah berwarna Hijau. Dan ia dikaitkan dengan kemakmuran kerana ia memang fitrah segala ciptaan ALLAH yang bermaksud berkembang dan melimpah ruah. Tetapi, aura Hijau mementingkan kegembiraan dan kekayaan dari segi batin atau sifat dalaman.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan